untuk entry kali ni sy mulakan dgn perkataan..KESIANN..
ya, kesian blog sy..lately jarang sd kena update..xtaula, macam ndak ada pula cerita yg best2 yg mau dikongsi. ada juga la cerita sebenarnya cuma cerita2 tu sy ndak selesa utk kongsi dalam blog. yalah, sy buka blog ni pun sekadar suka2 ja dan kebanyakan entries sy pun yg general punya topic..
kalau mau tulis pasal feeling2, marah2, kecewa2 ndak la sy pandai..huhu..
kadang2 tu bila sy post benda2 yg teda2 pun still kawan2 sy p drop juga comments dorang..
so, pada post kali ini sy ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kpd kawan2 sy yg sudi follow n baca n drop comments di blog sy ni..ayat skema sikit xpa bha kan..hehe..
TQ la coz sudi luangkan beberapa minit utk baca new entries sy yg kadang2 teda2 2..:-)
kpd kawan2 yg sy follow juga memang sy sentiasa baca new entries kamu dan kadang2 older posts pun sy p korek2 juga..hehe..cuma kadang2 sy "terlupa" meninggalkan jejak(comments)..hehe..
so, selamat berharmoni di blog ya!!^___^
Showing posts with label Just4FuN. Show all posts
Showing posts with label Just4FuN. Show all posts
Saturday, January 22, 2011
Sunday, December 5, 2010
Hello December!
mungkin sdh agak terlambat utk meraikan kedatangan bulan December. buzy bha masa awal2 December, so hari ni baru ada peluang utk buat post ni.
tiada apa2 tujuan sebenarnya post kali ini ditulis. cuma rasa macam mau mencoret sesuatu.
masa duduk2 tadi teringat yg sekarang sdh masuk 5 December. sgt cepat masa berlalu. belum pun sempat menghayati momen2 yg indah sepanjang November, December sdh pun menjelang.
sebenarnya, sy sentiasa teruja setiap kali December tiba. sy sentiasa suka December.
kenapa?
mungkin sbb banyak hal2 yg sy suka berlaku dlm bulan ini.
December.. nama bulan itu sendiri sy rasakan cukup indah.
dan December merupakan bulan kelahiran sy. jadi sdh semestinya December menjadi bulan kegemaran sy.
lagi pula Christmas jatuh pada bulan ini, menjadikan bulan ini lebih istimewa buat sy.
dan tentunya December menjadi bulan yg istimewa bagi ramai org kerana biasanya December merupakan bulan utk bercuti.
apabila December tiba jg kita sdh mula memikirkan tahun hadapan.
perkara2 yg ingin dilakukan pada tahun hadapan biasanya difikirkan dgn lebih serius semasa bulan December.
perancangan2 diatur dgn lebih rapi.
dan semoga saja December kali ini membawa makna yg tersendiri buat setiap seorang drpd kita. :-)
Saturday, December 4, 2010
Tamat Kisah Kita.
paper terakhir berakhir jam 10 pagi td. lega rasanya. exam berakhir, cuti bermula.
tamatlah juga kisah kau dan aku, sy dan UPSI.
semester ini pasti akan menjadi antara momen yg terindah. semuanya serba baru belaka. universiti baru, bilik kuliah baru, kawan2 baru.. pendek kata, semuanya baru.
hendak diceritakan semua pengalaman di sini, pasti berjela-jela.
apa yg boleh dikatakan, berada di tempat yg baru mengajar banyak hal2 yg baru.
dan nampaknya perubahan2 yg berlaku juga lebih kpd perubahan yg baik2 belaka.
selepas ini kembali kpd asal. universiti asal, bilik kuliah asal, kawan2 asal.
tidak sabar rasanya.
tapi sebelum semuanya kembali kpd asal.. kita cuti2 dulu. :-D.
family, RR, n sahabat2 sekalian, tdk sabar hdk berjumpa anda semua.
^_________^
Tuesday, November 30, 2010
sia inda paham.
Sia inda paham apa diurang cakap.
Tadi sia siok2 makan sambil earphone di telinga dgr lagu Taylor Swift. Housemate sia sama kawan2 dia pun sedang makan.
Tiba2 sia rasa macam ada urang becakap sama sia. Ya, kawan housemate sia sdg cakap sesuatu sama sia.
Tapi sia inda paham apa dia cakap. Bukan sia inda dgr, dia duduk sebelah sia seja.
Tapi sia mmg inda paham apa dia cakap.
Sbb dia cakap bahasa Kelantan sama sia. Macamana sia mo paham.
Kalau yg simple2 punya bahasa Kelantan sia paham juga la, tapi dia pakai Bahasa Kelantan Lanjutan 1. Mmg la sia inda paham.
Dua seja ayat dia tanya tapi laju betul dia cakap. Macam kena hambur seja tu loghat Kelantan p muka sia.
Nasib baik otak sia cepat juga loading.
Macam sia dapat tangkap juga la maksud dia sikit2.
Ayat yg pertama sia inda yakin betul ka inda pemahaman sia tu. Macam dia cakap " terui beli makanan ke? " tapi macam juga dia cakap " turun beli makanan ke? " Sia pun jawap la kunun, " yer." Trus dia nampak macam teda masalah sama jawapan sia, jadi ngam la mungkin jawapan sia tu.
Yg soalan kedua mmg sia paham la. Dia tanya sia ada exam ka teda ni ari. Yg ini senang sikit. Jadi sia cakap seja la, teda.
Kalau la dia tanya " terui beli makanan ke? " maksudnya jawapan sia di soalan kedua tu inda ngam la tu. Abis sia teda exam ari ni jadi macamana pula sia trus2 singgah membeli, kan?
Tapi kalau dia tanya " turun beli makanan ke? " kiranya masi ngam juga la jawapan sia yg di soalan kedua tu.
Trus sepanjang sia makan sia ingat2 seja tu yg soalan pertama ni. Sia betul2 inda pasti apa yg dia cakap.
Tapi kalau dia tanya " turun beli makanan ke? " kiranya masi ngam juga la jawapan sia yg di soalan kedua tu.
Trus sepanjang sia makan sia ingat2 seja tu yg soalan pertama ni. Sia betul2 inda pasti apa yg dia cakap.
Tu la sia kasi share tu cerita sama kamurang ni sbb sampai sekarang pun sia masi bepikir pasal tu.
Odoi dogo.
Haha!
Friday, November 26, 2010
new layout!
again??!! ya! sy tukar lagi my blog's layout. xtau berapa kali da sy tukar2 layout blog sy ni. setiap kali sy blogwalking n saw interesting gadgets on my friends' blog, mula la sy pun mencuba segala gadgets yg ada tu.
dan penukaran layout blog sy ni bukan semata-mata ingin mencuba those new gadgets tapi sy memang cepat bosan dgn "rupa" blog sy. x best bha bila asyik dgn "rupa" yg sama ja.
sy x boleh katakan ini adalah penukaran yg terakhir kali sbb akan ada lagi pengurangan, pembaharuan, penambahan dan segala macam perkataan lain yg seangkatan dengannya. dan mungkin dlm masa2 terdekat ini. * skema ayat sy *. haha. so, ya, sy mmg cepat bosan. itu shj! ;-)
Thursday, November 25, 2010
huahua
hari ni bermula la episod final exam sy utk semester 3 ni. ya, episod final exam sy baru bermula sedangkan kawan2 UMS sdh mula dgn episod semester break mereka. huaaaaaa. dan kali ni pembukaan tirai final exam sy di UPSI dilakukan olh c mr. macroE. huahua.
dan td sebelum exam start sy agak menggelabah. bukan menggelabah sebab paper macroE. tp menggelabah sbb bingung mau mengisi segala documents yg ada depan mata. answer sheets dgn attendance slip. mmg sdh biasa isi benda2 ni di UMS tp yg buat sy bingung sebentar tu sbb format documents dia yg semestinya berbeza dgn UMS. ada yg kena isi menegak, ada la pula yg melintang. macam2. haha. agak lama juga sy ambil masa setakat utk isi benda2 tu. takut2 ada tersilap isi di mana2.
hmm, macroE, soalan final paper macroE tadi kira okay la. x terlampau susah n x juga terlebih senang. blh dikatakan sy puas hati dgn jawapan2 sy utk MCQ section. walaupun sy rasa ada soalan yg silap. n bkn sy sorang ja yg noticed kesilapan soalan tu, so mmg tu soalan salah la kali tu. hehe. bahagian calculation pun sy dapat jawab dgn agak lancar. so, hopefully resultnya pun lebih baik drpd result paper macroE semester lepas.
hari ni tamat dgn macroE, lepas ni kena mengadap monetary economics pula. fav subject sy di UPSI. hoho. kena perah otak utk subject ni. huaaaaaaaaaaaa. all the best ja la Sherry! uhuhu!
Monday, November 22, 2010
Laporan Harian
haha. saja2 ja tu letak post title macam tu. tiada apa juga yg mau dilapor sebenarnya. cuma rasa mcm sdh agak lama x update blog sy ni. jadi, hari ni sy ringan2kan jari utk meng'update' blog sy ni. hehe.
tiada apa2 cerita yg best utk dikongsi. biasalah minggu2 exam mcm ni. masa banyak dihabiskan utk buat revision. kawan2 yg lain sdh mula 'berperang' hari ni. hehe. sy pula khamis nanti baru start 1st paper.
harap sgt dapat buat yg lebih baik utk semester ni. lagipun semester ni sy lebih serius dgn pembelajaran berbanding dua semester lepas, main ja lebih. huhu.
so, kpd teman2 yg akan menjawab kertas peperiksaan, dan utk diri sy juga..all the best ya semuanya. :-)
Monday, November 15, 2010
sy lupa.
hari ini sy btl2 rasa lucu dgn diri sendiri. sebab apa? sebab sy btl2 terlupa pasal cuti budak2 sekolah. ok, baru td my adik SMS n bagitau esok diorang start cuti. so, sy tanya brp lama. dlm fikiran sy 1,2 hari begitu saja. yalah, cuti hari raya haji kan.
sekalinya, terkejut beruk sy bila my adik bagitau sampai bln january next year. apakah?? rasanya baru 2 tahun sy meninggalkan alam persekolahan. tapi sdh terlalu byk perkara yang dilupakan. hmm, kesibukan dgn peranan baru tlh membuatkan sy terlupa perkara2 sebegitu. padahal masa zaman sekolah dulu cuti2 inilah yg paling diingat. huhu.
bestnya mereka, x lama lagi akan bergembira. melupakan seketika en. buku dan pn. pensel. merehatkan sementara school uniforms yg cantek itu. hehe.
xpa, masa utk sy bergumbira jg akan sampai x lama lg. 3 more weeks n i'll be free!! lama ka tu ya 3 minggu..hmm..
![]() |
| he's the one yg text me. abaikan muka sy dan watak2 sampingan d belakang tu. haha. |
Wednesday, November 10, 2010
KeTidakWarasan Padaku
hari ni langsung xda mood utk study. ini semua kesan drpd trip kelmarin. ini yg payah ni klu bjalan. mesti ambil masa 1 hari utk recharge segala tenaga yg sd terbuang. hati kata study, mata pun patuh lantas menatap buku, tp minda x ready utk absorb segala ilmu yg dibaca.
so, masa yg ada dihabiskan dgn benda2 yg krg berfaedah ; online, tidur, makan, movie ; berfaedah sebenarnya semua xtvt ni cuma klu dlakukan pada masa study week mmg agak kurang berfaedah. rasa bersalah pada diri sendiri. jadual sd dibuat, sasaran sd ditetapkan. tp akhirnya dua hari burn begitu shj. terpaksa bersusah payah utk kejar blk jadual.
xpala, salah sendiri, so tanggung sendiri. masa masih ada. pasti akan digunakan sebaiknya. peringatan pada diri : masa itu emas 24-carat. berdayung-dayung ke hulu, berkuak lentang ke tepian, bernangis-nangis dahulu, bersenang-lenang kemudian. di mana ada kemahuan, di situ la jalan gravel. usaha itu lift kejayaan. biar putih gigi, jangan putih mata *okey, yg ini xda kaitan.* dan sebelum ketidakwarasan berlarutan, lebih baik diri diundur. i mean mengundur diri. semua organ sdg mendambakan rehat. hendak bersedia utk berperang dgn raja buku bersama askar2 hurufnya esok. kesimpulannya--------------------------> JOM TIDUR!!
Tuesday, November 9, 2010
Trip2Malacca
kelmarin sy telah mengikuti satu rombongan pelajar2 Sabah di UPSI; BAKSIS; ke bandaraya bersejarah Melaka. sebelum bertolak ke Melaka, gambaran yang ada dalam fikiran sy hanyalah tempat2 yg kita pernah belajar dlm subjek Sejarah di sekolah menengah, maksudnya cuma ada beberapa tempat yg ingin sy lawati. tetapi, gambaran itu sama sekali tdk sama dgn situasi sebenar di Melaka. bukan 1,2 tempat shj yg menjadi tinggalan sejarah tapi hampir seluruh negeri Melaka itu penuh dgn sejarah. setiap tempat ada ceritanya yg tersendiri. tdk hairanlah mengapa Melaka diiktiraf sbg Bandaraya Warisan Dunia ( World Heritage City ) oleh UNESCO pd thn 2008.
kami menempuh perjalanan yg agak lama utk tiba di kota Melaka, hampir 4 jam duduk dlm bas. tp sepanjang lawatan di sana kami hny berjalan kaki dr satu tpt ke tpt yg lain. tempat2 yg kita belajar dlm subjek Sejarah dahulu rupanya hny berdekatan antara satu sma lain. kami hny menaiki bas semasa datang dan kembali ke UPSI. yalah, sbb Melaka mmg antara negeri yg terkecil di Malaysia, negeri ketiga terkecil klu sy tdk silap.
sy sgt teruja dan kagum melihat bekas2 tinggalan para penjajah. A Famosa misalnya, hampir keseluruhan kubu itu dibina dgn batu, malah tangga2 yg ada juga dibina menggunakan batuan. tdk hairanlah mengapa bangunan itu masih utuh sehingga sekarang. menurut slh seorang rakan, batu-bata tersebut diangkat menggunakan tenaga org2 Melayu di Melaka pada ketika itu. anda bayangkan shj betapa seksanya mereka. di dlm kubu A Famosa itu jg ada 1 bilik tahanan bawah tanah yg boleh dilihat dr atas. sgt mengerikan utk dibayangkan. sy pun tdk berani tgk lama2 bilik tu sbb terbayangkan keadaan tahanan2 pada ketika itu. kami kemudiannya menaiki Menara Taming Sari ; 360 degree viewing tower. menara ni akan naik pada ketinggian 80 metres & berputar sehingga 360 darjah selama 7 minit. so, kami dpt melihat keseluruhan bandar Melaka dari menara ini.
tpt yg paling sy gemari sepanjang lawatan ini ialah Malacca Rivercruise. kami menaiki bot di sepanjang sungai yg menjadi laluan para pedagang dr seluruh dunia suatu ketika dahulu. hmm, tdk terbayang perasaan sy ketika itu. tdk sangka kami sdg melalui sebuah sungai yg merupakan antara sungai yg paling sibuk suatu masa dahulu. semua bangunan di sepanjang sungai itu merupakan bangunan2 yg dibina semasa zaman penjajahan. dan bangunan2 ini dijaga dgn begitu baik sekali.
jika dilihat drpd segi kemajuan, Melaka jg tdk lari drpd arus kemodenan tetapi kemodenan yg diaplikasikan di negeri ini adalah drpd segi pemeliharaan & pemuliharaan warisan2 sejarah. pelbagai kemudahan disediakan utk memudahkan para pengunjung melihat tinggalan2 sejarah, namun pada masa yg sama tdk mengusik keaslian warisan2 tersebut. hmm, klu mahu diceritakan satu persatu ttg lawatan kami tu, mmg berjela-jela la entry sy ni. apa yg dpt sy simpulkan ialah, Melaka mmg layak diiktiraf sbg Bandaraya Warisan Dunia. so, klu budak2 Sejarah mahu melawat ke Melaka, mmg berbaloi-baloi lah bagi anda.. :-)
Thursday, November 4, 2010
eXam dTg LaGi
sedang buat revision ni sebenarnya tapi rehat2 dulu kejap..so, sambil rehat sambil update blog..:-)..
bulan2 terakhir bg setiap semester adalah bulan2 yg meresahkan, menggelisahkan dan apa2 juga perkataan yang seangkatan dengannya..:-D..sebabnya final exam akan menjelang x lama lagi, dan waktu2 beginilah imej para buku sentiasa terbayang d minda..haha..dan sy pun x terkecuali..resah sepanjang masa, tidur pun x tenang bila ingat buku2 yang belum dibelek..=.="
hmm, sy cuma ada 3 paper saja utk final exam kali ni..macroeconomics, monetary economics dgn pembelajaran & perkembangan pelajar (3P)..ada 4 subjek sebenarnya yg sy ambil, tp subjek yang lagi 1 tu xda final exam..so, kurang sikit la beban..paper macroeconomics tu sy x brp risau juga sbb topik2 yg kami belajar tu semuanya cuma ulangan kpd subjek makroeknomi yang kmi ambil dalam STPM, cuma ada tambahan sikit2 la..tp masih dkira ok sbb basic mmg sdh ada..tapi x boleh ambil ringan juga sbb manatau lecturer bagi soalan yg kaw2 pny..hehe..subjek 3P tu pun agak ok jg sbb content dia berkaitan dgn perkembangan individu dan persekitaran, so kira agak ringan la sbb dekat dgn diri kita, tp tetap x ble dipandang ringan juga..hehe..
tapi kan among semua subjek ni, subjek monetary economics yg paling meresahkan sy, subjek ni baru utk kami dan content dia agak mendalam..so, mmg kena bagi perhatian lebih sikit la..lebih2 lagi bila lecturer bagitau soalan final exam mmg susah..even klu dia x bagitau pun, semua org sd sedia maklum sebenarnya..kiranya ni la killer paper sy utk sem ni..huhu..tp xpa, still ada masa lagi utk buat revision..dan ble dkatakan masa yang ada agak banyak sebenarnya..bayangkan ada 3 minggu cuti sblm final exam?..sy pun x faham knp UPSI bagi byk btl cuti, 1 perayaan 1 minggu cuti kali..bln ni ada 2 perayaan, Deepavali dgn Hari Raya Haji, so 2 minggu la cuti, plus dgn cuti study week 1 minggu jadilah 3 minggu semuanya..klu UMS pun bgni kan best..=.='..
hmm, terpanjang pla entry sy ni..okla, blog sd update, rehat pun sd cukup, kembali kpd revision..bye2..:-)
Saturday, October 23, 2010
Changes4Life
First you make your habits, and then your habits make you. Break those habits that can break you. Adopt those practices that will become the new habits that will help you achieve the success you desire. Your habits are a form of exercise. The harder you work at something, the harder it is to quit. The easier it is to do, the harder it is to change. Your habits are either the best of servants or the worst of masters. YOU ARE WHAT YOU REPEATEDLY DO !! |
Friday, October 8, 2010
The 5 Chapters
Chapter 1
note : forgive yourself for your faults and your mistakes and move on !
I walk down the street and there's a deep hole in the side walk. I fall in. It takes forever to get out. It's MY fault.
Chapter 2
I walk down the same street. I fall in the hole again. It still takes a long time to get out. It's NOT my fault.
Chapter 3
I walk down the same street. I fall in the hole again. It's becoming a habit. It's MY fault. I get out immediately.
Chapter 4
Chapter 5
I walk down a different street.
note : forgive yourself for your faults and your mistakes and move on !
Sunday, October 3, 2010
KAS'10
baru2 ni sy meng'offer'kan diri utk jadi AJK sukan d hostel..nama hostel sy Kolej Harun Aminurrashid tp org suma panggil KHAR ja ( cara sebut = k-har )* penting ni cara sebut, klu x sia2 ja jadi bahan lawak =D *..
ok, balik pada sukan..KAS'10 ialah nama rasmi utk 2 sukan thn ni..tiap2 tahun akan tukar nama, biasala 2, lain pengarah lain nama ^^...yg bestnya KAS'10 ni dia mengimbau memori time sukan sekolah dulu2..suma penghuni dibahagikan kepada 3 rumah sukan mengikut aras masing2, macam aras 1-3 rumah sukan Kasawari, 4-6 Garuda n 7-9 Rajawali..so, memandangkan rumah sy aras8 so secara langsung sy jadi pengikut Rajawali..=)
hmm, mmg best dapat peluang join sukan d UPSI ni walaupun cuma di peringkat kolej..banyak pengalaman baru yg sy dapat, especially bila tgk cara setiap individu sama ada barisan AJK mahupun peserta yg semuanya bersungguh2 bersukan ^^, guru2 mcm ni la yg kita mau ;-)..dan sepanjang sukan ni sy bertugas sbg AJK Logistik..kerja yg memerlukan kekuatan tubuh badan =D..hampir semua benda yg ada d padang n gelanggang kami yg angkat..kerusi, meja, alatan2 utk acara padang & balapan sampaila pentas n khemah, suma kami angkat...dan disebabkan kepenatan yg melampau angkat suma2 2, sy xtau rumah sukan mana yg menang cuz sy sudahpun merehatkan diri di bilik..sekiann...=DD

| ni la KHAR..2blok pmpuan n 1blok llki..rmh sy yg 2nd last 2, tinggi kan??, ada lift jg bha ^^ |
setiap rumah sukan ni akan ada khemah masing2..lar macam yg d skolah2 sllu buat time Sports Day ^^.. jadi masing2 akan hias khemah masing2 secantik yg boleh..sbb ada pertandingan khemah rumah sukan ter'lawa' =)..
| dari kanan : rajawali@digi, garuda@maxis n kasawari@celcom.. ;-) |
setiap rumah sukan ni juga ada guru2 rumah sukan masing2..n guru2 rumah sukan ni adalah org2 kuat KAS'10..so, dorang la yang urus peserta masing2..atur2 hiasan khemah pas2 atur peserta perbarisan utk penutupan..ni lagi yg best sbb acara perbarisan pun ada dbuat..mmg style sukan peringkat sekolah =D.. masing2 pun ada uniform sendiri sbb perbarisan pun akan dinilai..=)
| ermm..yg ni gambar time raptai perbarisan ;-) |

Monday, September 20, 2010
L.O.V.E
LoVe iTu..
10. control each other's emotions
1. c girl dan c boy cuba utk understand each other
* ikhlas utk memahami, bukannya luaran npk faham tp hati masih sakit, sama jg mcm x faham *
2. c girl n c boy always give n take
* well, sgt2 penting ni, x perlu explain la kan sbb dlm mags pn byk kena tulis pasal ni ^^ *
3. c girl or c boy always trust, support n care dgn c partner
* point penting jg ni *
4. c girl n c boy sgt2 in love tapi masih REALISTIK
* realistik means masih berpijak d bumi yg nyata, x trlalu hanyut dgn feelings yg dorang rasa, klu hanyut susah woo, bla anything happen x dpt terima sd *
5. c girl or c boy x mengharapkan c partner gives his / her all tapi satisfy dgn apa yg MAMPU diberikan
* yalah, kdg2 dorang rasa love yg diberikan oleh c partner x cukup padahal itulah yg terbaik dapat diberikan oleh c partner *
6. appreciate each other even dalam sekecil - kecil perkara
* ini akan membantu melengkapi yg no.5 d atas *
7. NO SECRETS
* biasanya secret yg kecil2 la yg bole mengganggu love c boy dgn c girl *
8. remember every little things pasal each other
* tapi klu tlupa 2 pa ble buat la, biasala 2 ^^ *
9. if timbul something yg meragukan, minta explanation before fikir / ambil tindakan yg bukan2 & merugikan
* very2 important ni *
10. control each other's emotions
* x kira la perasaan sayang, jealousy or marah..all these feelings klu x dkawal bole menghilangkan pertimbangan n menimbulkan sstu yg not gud dalam love c boy n c girl *
11. pembaharuan penting
* spy love c boy n c girl x membosankan *
11. pembaharuan penting
* spy love c boy n c girl x membosankan *
12. always ambil masa utk discuss pasal relationship
* sekali - sekala la, yalah, manatau ada perkara2 kecil atau besar yg bole mengganggu hubungan tapi terlepas pandang, kan? *
13. never ever tell others pasal keburukan or kekurangan c partner
* klu setakat mau kongsi2 perasaan dgn org lain bole la, tp klu sd cerita keburukan c partner....hmmm~, kesian c partner kan? *
14. bagi space utk c partner
* suma org pn perlu space utk diri sendiri sumtimes *
14. bagi space utk c partner
* suma org pn perlu space utk diri sendiri sumtimes *
15. bukan saja jadi couple tapi cuba utk jadi bestfriends
* this one sangat membantu utk bina TRUE LOVE *
p/s : segala yg d atas adalah pandangan peribadi....klu ada apa2 yg kurang tepat minta maaf ja la ya^^
Sunday, September 5, 2010
so tRue.. !!
THERE IS ALWAYS A LITTLE

BEHIND EVERY
A LITTLE
BEHIND EVERY
AND ALWAYS A LITTLE
BEHIND EVERY
..........AND THAT IS SO TRUE !!..........
Saturday, September 4, 2010
posT yG sKeMa !
..................................
cuti sd bermula..
maka, bermula la sd episod KEBOSANAN yang melampau..
hostel menjadi sangat sunyi..
sunyi sepi malahan..
hanya kedengaran bunyi kipas dan sesekali bunyi kenderaan memecah kesunyian..
..................................
sy tahu..
malah amat mengerti..
bahawasanya..
kebosanan ini TIDAK akan berakhir dengan segera..
kerana cuti berlanjutan selama 2 minggu..
dan sepanjang tempoh itu..
sy akan berhadapan dengan KEBOSANAN..
bukan setiap hari tetapi setiap SAAT..
dan kebosanan ini telah menyebabkan sy menulis post yang SKEMA ini..
*so, baca ja la post yg SKEMA ini..hihi
......................................
sy sangat tidak menyukai perkataan BOSAN..
kerana mendengar perkataan itu sahaja akan membuatkan sy BOSAN..
malah pengertian perkataan itu sendiri adalah BOSAN..
dan sy sangat tidak suka akan KEBOSANAN..
siapa yg pernah suka pada KEBOSANAN ??..
semua org tidak suka akan KEBOSANAN..
*apa yg sy merepek ni..huhu
......................................
kenapa sy tidak suka akan KEBOSANAN ??..
sbb KEBOSANAN sgt MEMBOSANKAN..
masa sepertinya terlalu lambat berlalu..
dan apabila sy BOSAN sy menjadi sgt SENSITIF..
*sy mudah tersinggung ni..hukhuk
........................................
sebab lain mengapa sy tidak suka pada KEBOSANAN..
sbb apabila sy BOSAN..
sy akan sentiasa LAPAR..
setiap saat memikirkan MAKANAN..
jadi sy benci akan KEBOSANAN..
*stok makanan sy cpt abis klu sy boring..huhu
............................................
BOSAN memang MEMBOSANKAN..
tiada mood utk melakukan apa juga perkara..
*kecuali makan..hihi
malah kerja yg penting jg tertangguh..
komunikasi menjadi sangat kurang..
minda menjadi tidak produktif..
semua ini angkara KEBOSANAN yg sangat MEMBOSANKAN..
owh..
KEBOSANAN INI MEMBUNUH KU..
*blerrkk!!..haha
...............................................
dan memandangkan sy sd tersangat BOSAN..
sy mau tgk MOVIE dulu sambil.....MAKANN !!
^_______^
Subscribe to:
Posts (Atom)













.jpg)