Tuesday, November 9, 2010

Trip2Malacca

kelmarin sy telah mengikuti satu rombongan pelajar2 Sabah di UPSI; BAKSIS; ke bandaraya bersejarah Melaka. sebelum bertolak ke Melaka, gambaran yang ada dalam fikiran sy hanyalah tempat2 yg kita pernah belajar dlm subjek Sejarah di sekolah menengah, maksudnya cuma ada beberapa tempat yg ingin sy lawati. tetapi, gambaran itu sama sekali tdk sama dgn situasi sebenar di Melaka. bukan 1,2 tempat shj yg menjadi tinggalan sejarah tapi hampir seluruh negeri Melaka itu penuh dgn sejarah. setiap tempat ada ceritanya yg tersendiri. tdk hairanlah mengapa Melaka diiktiraf sbg Bandaraya Warisan Dunia ( World Heritage City ) oleh UNESCO pd thn 2008.
kami menempuh perjalanan yg agak lama utk tiba di kota Melaka, hampir 4 jam duduk dlm bas. tp sepanjang lawatan di sana kami hny berjalan kaki dr satu tpt ke tpt yg lain. tempat2 yg kita belajar dlm subjek Sejarah dahulu rupanya hny berdekatan antara satu sma lain. kami hny menaiki bas semasa datang dan kembali ke UPSI. yalah, sbb Melaka mmg antara negeri yg terkecil di Malaysia, negeri ketiga terkecil klu sy tdk silap. 
sy sgt teruja dan kagum melihat bekas2 tinggalan para penjajah. A Famosa misalnya, hampir keseluruhan kubu itu dibina dgn batu, malah tangga2 yg ada juga dibina menggunakan batuan. tdk hairanlah mengapa bangunan itu masih utuh sehingga sekarang. menurut slh seorang rakan, batu-bata tersebut diangkat menggunakan tenaga org2 Melayu di Melaka pada ketika itu. anda bayangkan shj betapa seksanya mereka. di dlm kubu A Famosa itu jg ada 1 bilik tahanan bawah tanah yg boleh dilihat dr atas. sgt mengerikan utk dibayangkan. sy pun tdk berani tgk lama2 bilik tu sbb terbayangkan keadaan tahanan2 pada ketika itu. kami kemudiannya menaiki Menara Taming Sari ; 360 degree viewing tower. menara ni akan naik pada ketinggian 80 metres & berputar sehingga 360 darjah selama 7 minit. so, kami dpt melihat keseluruhan bandar Melaka dari menara ini. 
tpt yg paling sy gemari sepanjang lawatan ini ialah Malacca Rivercruise. kami menaiki bot di sepanjang sungai yg menjadi laluan para pedagang dr seluruh dunia suatu ketika dahulu. hmm, tdk terbayang perasaan sy ketika itu. tdk sangka kami sdg melalui sebuah sungai yg merupakan antara sungai yg paling sibuk suatu masa dahulu. semua bangunan di sepanjang sungai itu merupakan bangunan2 yg dibina semasa zaman penjajahan. dan bangunan2 ini dijaga dgn begitu baik sekali. 
jika dilihat drpd segi kemajuan, Melaka jg tdk lari drpd arus kemodenan tetapi kemodenan yg diaplikasikan di negeri ini adalah drpd segi pemeliharaan & pemuliharaan warisan2 sejarah. pelbagai kemudahan disediakan utk memudahkan para pengunjung melihat tinggalan2 sejarah, namun pada masa yg sama tdk mengusik keaslian warisan2 tersebut. hmm, klu mahu diceritakan satu persatu ttg lawatan kami tu, mmg berjela-jela la entry sy ni. apa yg dpt sy simpulkan ialah, Melaka mmg layak diiktiraf sbg Bandaraya Warisan Dunia. so, klu budak2 Sejarah mahu melawat ke Melaka, mmg berbaloi-baloi lah bagi anda.. :-)


tangga ke bahagian atas kubu A Famosa

Taming Sari tower

sdg tgk bilik tahanan bwh tanah
Malacca Rivercruise

No comments:

Post a Comment