Monday, January 24, 2011

rindu..

x lama lagi cuti CNY akan bermula, sy pun x lama lagi akan bercuti. tapi masalah homesick sy makin menjadi2 pula. inilah masalah yg x perna lari dari hidup sy. klu dikatakan x perna berjauhan dgn family x juga, sbb asrama mmg sdh jadi rumah kedua bagi sy.
bayangkan sy tgl asrama dari form 1 sampailah form 5?!!. pastu masa form 6 stay dgn aunt di KK sbb sy pindah sekolah. bukan sekejap tu 5 tahun di asrama. sy pun xtau macamana sy bole bertahan di asrama sebegitu lama. klu diikutkan jarak dari rumah ke sekolah xla begitu jauh, x sampai pun 30 minit. tapi mungkin mentaliti parents masa tu asal anak2 masuk secondary school mesti mau dikasi tinggal di asrama. jimat kos konon tapi bila dikira balik tinggal asrama lagi memakan kos yg tinggi berbanding naik bus sekolah.
apa yg sy ingat dulu every Sundays mesti sy balik rumah and duit poket x lari daripada rm50 seminggu. so, darab dgn 4 minggu?!!. duit poket selama sebulan di asrama bole sd diguna utk bayar tambang bus sekolah utk dua bulan..-.-!!
tapi tu la, pengalaman tinggal di asrama selama setengah dekad(haha!) langsung x berkesan utk mengurangkan perasaan rindu dgn family. mengasi tambah ada la. huhu..
tapi dgn takwim universiti yg baru nampaknya bolehla sy menghabiskan masa yg lebih lama dgn family. tp yg tu lama lagi, cuti CNY ni yg ndak lama sd. sgt x sabar!! :-)

Saturday, January 22, 2011

rojak.

untuk entry kali ni sy mulakan dgn perkataan..KESIANN..
ya, kesian blog sy..lately jarang sd kena update..xtaula, macam ndak ada pula cerita yg best2 yg mau dikongsi. ada juga la cerita sebenarnya cuma cerita2 tu sy ndak selesa utk kongsi dalam blog. yalah, sy buka blog ni pun sekadar suka2 ja dan kebanyakan entries sy pun yg general punya topic..
kalau mau tulis pasal feeling2, marah2, kecewa2 ndak la sy pandai..huhu..

kadang2 tu bila sy post benda2 yg teda2 pun still kawan2 sy p drop juga comments dorang..
so, pada post kali ini sy ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kpd kawan2 sy yg sudi follow n baca n drop comments di blog sy ni..ayat skema sikit xpa bha kan..hehe..
TQ la coz sudi luangkan beberapa minit utk baca new entries sy yg kadang2 teda2 2..:-)
kpd kawan2 yg sy follow juga memang sy sentiasa baca new entries kamu dan kadang2 older posts pun sy p korek2 juga..hehe..cuma kadang2 sy "terlupa" meninggalkan jejak(comments)..hehe..

so, selamat berharmoni di blog ya!!^___^

Wednesday, January 19, 2011

penat dan lelah dan..

hampir 2 minggu kuliah di UMS bermula dan apa yg sy rasakan cuma sakit dan penat dan sakit dan penat!
last week sy kena flu dan this week my mata pula bermasalah. sy kena KETUMBIT ! google ja klu x faham maksud ketumbit..sy pun baru ja tau nama ni penyakit tadi ^___^.
xpala, sy bagi gambaran sikit pasal ketumbit ni..ketumbit ni macam satu bisul kecil yg tumbuh di kelopak mata yg disebabkan oleh jangkitan pada bahagian pinggir kelopak mata.
betapa x selesanya ada ni benda di mata, mau p kuliah pun berfikir 2,3 kali sbb mata sy bengkak..huh!!..xtaula bila mau sembuh ni..:-(

selain penyakit2 di atas yg melanda sy, sy jg dilanda kepenatan dan kelelahan yg agak melelahkan..
sy sgt penat sampai ayat dlm post ni pun tunggang-langgang..:-(
kalau dikira betul jadual kuliah sy xla pack sgt tp mungkin disebabkan hari2 ada kelas jadi rasa sgt terbeban. atau mungkin perjalanan dari 1 kelas ke kelas yg lain memakan jarak yg jauh jadi sememangnya meletihkan.

hmm..entahlah..permulaan tahun ni agak kurang best utk sy..harap2 bulan2 yg seterusnya akan menjadi bulan2 yg membahagiakan, menyenangkan, menggembirakan, menyihatkan dan segala macam benda yg best2 utk sy..^^

2011..be nice to me bhaaa..:-(

Saturday, January 15, 2011

permulaanku.

1 minggu berlalu dan nampaknya hampir semua clas sy semester ni bole dikira ok walaupun ada 1,2 clas yg berpotensi membuat sy boring sepanjang semester ni..

tp yg x bestnya, flu datang menyerang sy sepanjang 1 minggu ni..sangat2 la x best..
minggu ni patutnya perlu menjadi minggu yg mengujakan utk sy supaya mood sy akan baik utk menjalani minggu2 yg seterusnya..tapi minggu pertama kuliah sd rasa x best sbb sakit..huhu

sy sgt x suka bila minggu pertama sy dirosakkan oleh benda2 yg macam ni sbb akan mempengaruhi mood sy utk minggu2 yg seterusnya..
dan sy sgt memerlukan sesuatu yg boleh membangkitkan mood sy utk semester ni..
tapi nampaknya memang akan ada banyak benda yg buat sy teruja utk semester ni sbb sy join banyak outdoor activities..
dan, ya! outdoor activities mmg sesuatu yg menjadi kegemaran sy..so, harap2 semua aktiviti 2 berjalan dgn lancar, at least benda2 begini mampu buat sy terus berada dalam keterujaan utk menghabiskan semester ini..huhu

Sunday, December 5, 2010

Hello December!

mungkin sdh agak terlambat utk meraikan kedatangan bulan December. buzy bha masa awal2 December, so hari ni baru ada peluang utk buat post ni.
tiada apa2 tujuan sebenarnya post kali ini ditulis. cuma rasa macam mau mencoret sesuatu. 
masa duduk2 tadi teringat yg sekarang sdh masuk 5 December. sgt cepat masa berlalu. belum pun sempat menghayati momen2 yg indah sepanjang November, December sdh pun menjelang.
sebenarnya, sy sentiasa teruja setiap kali December tiba. sy sentiasa suka December. 
kenapa? 
mungkin sbb banyak hal2 yg sy suka berlaku dlm bulan ini. 
December.. nama bulan itu sendiri sy rasakan cukup indah. 
dan December merupakan bulan kelahiran sy. jadi sdh semestinya December menjadi bulan kegemaran sy.
lagi pula Christmas jatuh pada bulan ini, menjadikan bulan ini lebih istimewa buat sy. 
dan tentunya December menjadi bulan yg istimewa bagi ramai org kerana biasanya December merupakan bulan utk bercuti. 
apabila December tiba jg kita sdh mula memikirkan tahun hadapan.
perkara2 yg ingin dilakukan pada tahun hadapan biasanya difikirkan dgn lebih serius semasa bulan December. 
perancangan2 diatur dgn lebih rapi.
dan semoga saja December kali ini membawa makna yg tersendiri buat setiap seorang drpd kita. :-)

Saturday, December 4, 2010

Tamat Kisah Kita.

paper terakhir berakhir jam 10 pagi td. lega rasanya. exam berakhir, cuti bermula. 
tamatlah juga kisah kau dan aku, sy dan UPSI. 
semester ini pasti akan menjadi antara momen yg terindah. semuanya serba baru belaka. universiti baru, bilik kuliah baru, kawan2 baru.. pendek kata, semuanya baru. 
hendak diceritakan semua pengalaman di sini, pasti berjela-jela. 
apa yg boleh dikatakan, berada di tempat yg baru mengajar banyak hal2 yg baru. 
dan nampaknya perubahan2 yg berlaku juga lebih kpd perubahan yg baik2 belaka. 
selepas ini kembali kpd asal. universiti asal, bilik kuliah asal, kawan2 asal. 
tidak sabar rasanya. 
tapi sebelum semuanya kembali kpd asal.. kita cuti2 dulu. :-D.
family, RR, n sahabat2 sekalian, tdk sabar hdk berjumpa anda semua. 
^_________^

Thursday, December 2, 2010

macam-macam ada.

minggu ni merupakan minggu terakhir bagi pelajar2 UPSI utk semester ni.
biasa la, minggu2 terakhir macam ni suasana hostel semakin lengang. mereka yg habis paper awal sdh mula berkemas utk balik ke rumah masing2.
tapi yg x bestnya bila ada la pula hal2 yg kurang menggembirakan berlaku di hari2 terakhir ni.
beberapa hari yg lalu beberapa org penghuni dtg ke rumah dan suruh kami semua keluar dari bilik masing2. agak lewat sdh juga time tu, lebih kurang dlm jam 9 malam. rupanya diorang mau buat spotcheck. ada org kehilangan laptop katanya. dan bukan seorang tp dua orang sekaligus. kami pun biarkan saja la diorang geledah rumah sbb mmg kami tidak tahu-menahu pasal tu.
dan hari ini kami didatangi lagi oleh seorang penghuni. bukan buat spotcheck tapi dia suruh kami sentiasa kunci pintu sbb ada lagi penghuni yg kehilangan lappynya. 
hmm.. pelik juga dgn org2 yg suka mengambil2 ni. entah dorongan apa yg buat diorang ada keberanian sebegitu.
biasa juga dengar berita2 kehilangan laptop ni. tapi selalu jadi dkt hostel lelaki. bila hostel perempuan pun ada kes2 begini, sy hny mampu tarik nafas panjang.. x sepatutnya ada kes2 macam ni, lagi2 oleh perempuan..
tapi, tu la, rambut sama hitam, hati lain-lain. 
macam2~