Tuesday, November 30, 2010

sia inda paham.

Sia inda paham apa diurang cakap. 
Tadi sia siok2 makan sambil earphone di telinga dgr lagu Taylor Swift. Housemate sia sama kawan2 dia pun sedang makan. 
Tiba2 sia rasa macam ada urang becakap sama sia. Ya, kawan housemate sia sdg cakap sesuatu sama sia. 
Tapi sia inda paham apa dia cakap. Bukan sia inda dgr, dia duduk sebelah sia seja. 
Tapi sia mmg inda paham apa dia cakap. 
Sbb dia cakap bahasa Kelantan sama sia. Macamana sia mo paham. 
Kalau yg simple2 punya bahasa Kelantan sia paham juga la, tapi dia pakai Bahasa Kelantan Lanjutan 1. Mmg la sia inda paham.
 Dua seja ayat dia tanya tapi laju betul dia cakap. Macam kena hambur seja tu loghat Kelantan p muka sia. 
Nasib baik otak sia cepat juga loading. 
Macam sia dapat tangkap juga la maksud dia sikit2. 
Ayat yg pertama sia inda yakin betul ka inda pemahaman sia tu. Macam dia cakap " terui beli makanan ke? " tapi macam juga dia cakap " turun beli makanan ke? " Sia pun jawap la kunun, " yer." Trus dia nampak macam teda masalah sama jawapan sia, jadi ngam la mungkin jawapan sia tu. 
Yg soalan kedua mmg sia paham la. Dia tanya sia ada exam ka teda ni ari. Yg ini senang sikit. Jadi sia cakap seja la, teda. 
Kalau la dia tanya " terui beli makanan ke? " maksudnya jawapan sia di soalan kedua tu inda ngam la tu. Abis sia teda exam ari ni jadi macamana pula sia trus2 singgah membeli, kan?
Tapi kalau dia tanya " turun beli makanan ke? " kiranya masi ngam juga la jawapan sia yg di soalan kedua tu. 
Trus sepanjang sia makan sia ingat2 seja tu yg soalan pertama ni. Sia betul2 inda pasti apa yg dia cakap. 
Tu la sia kasi share tu cerita sama kamurang ni sbb sampai sekarang pun sia masi bepikir pasal tu. 
Odoi dogo. 
Haha! 

Friday, November 26, 2010

new layout!

again??!! ya! sy tukar lagi my blog's layout. xtau berapa kali da sy tukar2 layout blog sy ni. setiap kali sy blogwalking n saw interesting gadgets on my friends' blog, mula la sy pun mencuba segala gadgets yg ada tu. 
dan penukaran layout blog sy ni bukan semata-mata ingin mencuba those new gadgets tapi sy memang cepat bosan dgn "rupa" blog sy. x best bha bila asyik dgn "rupa" yg sama ja. 
sy x boleh katakan ini adalah penukaran yg terakhir kali sbb akan ada lagi pengurangan, pembaharuan, penambahan dan segala macam perkataan lain yg seangkatan dengannya. dan mungkin dlm masa2 terdekat ini. * skema ayat sy *. haha. so, ya, sy mmg cepat bosan. itu shj! ;-)

Thursday, November 25, 2010

huahua

hari ni bermula la episod final exam sy utk semester 3 ni. ya, episod final exam sy baru bermula sedangkan kawan2 UMS sdh mula dgn episod semester break mereka. huaaaaaa. dan kali ni pembukaan tirai final exam sy di UPSI dilakukan olh c mr. macroE. huahua. 
dan td sebelum exam start sy agak menggelabah. bukan menggelabah sebab paper macroE. tp menggelabah sbb bingung mau mengisi segala documents yg ada depan mata. answer sheets dgn attendance slip. mmg sdh biasa isi benda2 ni di UMS tp yg buat sy bingung sebentar tu sbb format documents dia yg semestinya berbeza dgn UMS. ada yg kena isi menegak, ada la pula yg melintang. macam2. haha. agak lama juga sy ambil masa setakat utk isi benda2 tu. takut2 ada tersilap isi di mana2. 
hmm, macroE, soalan final paper macroE tadi kira okay la. x terlampau susah n x juga terlebih senang. blh dikatakan sy puas hati dgn jawapan2 sy utk MCQ section. walaupun sy rasa ada soalan yg silap. n bkn sy sorang ja yg noticed kesilapan soalan tu, so mmg tu soalan salah la kali tu. hehe. bahagian calculation pun sy dapat jawab dgn agak lancar. so, hopefully resultnya pun lebih baik drpd result paper macroE semester lepas.
hari ni tamat dgn macroE, lepas ni kena mengadap monetary economics pula.  fav subject sy di UPSI. hoho. kena perah otak utk subject ni. huaaaaaaaaaaaa. all the best ja la Sherry! uhuhu!

Monday, November 22, 2010

Laporan Harian


haha. saja2 ja tu letak post title macam tu. tiada apa juga yg mau dilapor sebenarnya. cuma rasa mcm sdh agak lama x update blog sy ni. jadi, hari ni sy ringan2kan jari utk meng'update' blog sy ni. hehe. 
tiada apa2 cerita yg best utk dikongsi. biasalah minggu2 exam mcm ni. masa banyak dihabiskan utk buat revision. kawan2 yg lain sdh mula 'berperang' hari ni. hehe. sy pula khamis nanti baru start 1st paper. 
harap sgt dapat buat yg lebih baik utk semester ni. lagipun semester ni sy lebih serius dgn pembelajaran berbanding dua semester lepas, main ja lebih. huhu. 
so, kpd teman2 yg akan menjawab kertas peperiksaan, dan utk diri sy juga..all the best ya semuanya. :-)

Friday, November 19, 2010

x suka!

ok, sy sdg revision ni tp mau meluahkan rasa dulu kejap. sekarang sy tgh baca Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar (3P). subjek ni agak ringan dari segi content sbb dia banyak bincang tentang remaja. jadi, mudah sikit utk sy faham.
klu mudah apa yg sy x suka?? yg sy x suka tu bila perlu ingat perkataan yg canggih-manggih (xtau wujud atau x perkataan ni tp sy mau guna jg!). contoh perkataan yg canggih-manggih tu?? macam ni: KONSEPTUALISASI ABSTRAK, EKSPERIMENTASI AKTIF, REFLEKTIVIS etc. canggih kan? berbelit bha lidah. yg tu baru dalam 1 subtopic tu. n klu setakat mau ingat mereka2 ni masih ok lg, tp dgn maksud2 sekali perlu diingat.
sangatlah x suka!! tp suka atau x terpaksa jg dibaca, klu x camana mau jawab exam? .=.=". ok lah, cukup sampai di sini sbb semangat membaca sdg berkobar2 ni. x baik klu dikasi bazir. haha. ok lah, bye2. :-)

Monday, November 15, 2010

sy lupa.

hari ini sy btl2 rasa lucu dgn diri sendiri. sebab apa? sebab sy btl2 terlupa pasal cuti budak2 sekolah. ok, baru td my adik SMS n bagitau esok diorang start cuti. so, sy tanya brp lama. dlm fikiran sy 1,2 hari begitu saja. yalah, cuti hari raya haji kan. 
sekalinya, terkejut beruk sy bila my adik bagitau sampai bln january next year. apakah?? rasanya baru 2 tahun sy meninggalkan alam persekolahan. tapi sdh terlalu byk perkara yang dilupakan. hmm, kesibukan dgn peranan baru tlh membuatkan sy terlupa perkara2 sebegitu. padahal masa zaman sekolah dulu cuti2 inilah yg paling diingat. huhu. 
bestnya mereka, x lama lagi akan bergembira. melupakan seketika en. buku dan pn. pensel. merehatkan sementara school uniforms yg cantek itu. hehe. 
xpa, masa utk sy bergumbira jg akan sampai x lama lg. 3 more weeks n i'll be free!! lama ka tu ya 3 minggu..hmm..


he's the one yg text me. abaikan muka sy dan watak2 sampingan d belakang tu. haha.


Saturday, November 13, 2010

ADIK??

  " ko rasa ok ka klu ada boyfie yg lebih muda? " - seorang teman bertanyakan soalan itu hari ini. dan sy tertarik utk menulis ttg hal ini sbb sebelum ini pun sudah 3,4 kali sy ditanya soalan yg sama oleh teman2 yg lain. jawapan sy?, " brgantung dgn lelaki 2 la, klu tahap kematangan dia ok, then apa salahnya ." jawapan yg sama spt yg sy berikan kpd teman2 yg lain sebelum ini. 
  sebenarnya, apabila ditanya soalan yg sedemikian rupa, susah utk sy memberikan jawapan yg memuaskan. bukan apa, tp itu semua bergantung kpd kedua-dua pihak yg mahu mewujudkan hubungan tersebut. jika keduanya blh menerima perbezaan umur tersebut, apa salahnya, kan? spt yg org slu katakan, " umur hanya nombor, yg ptg ialah keserasian ." dan sy tgk teman2 yg pernah bertanya soalan itu sekarang ni masih ok dgn boyfie diorang yg lebih muda. so, mmg betul lah kali yg umur itu hny nombor.
  entahlah, sy pun x berani komen lebih2 sbb sy x pernah ada relationship yg sebegitu. so, jawapan dan pendapat sy hanyalah berdasarkan kpd pemikiran logik dan pemerhatian semata-mata. lagipun, sy mmg x pernah berminat utk involve dlm hubungan yg seperti ini. so, sy kurang ambil tahu. tp bg sy mmg x ada salahnya utk ada boyfie yg lebih muda. knp jg klu ada boyfie yg lbh muda kan. lagipun, bukannya kita sengaja meng"kasi" ada tu perasaan. klu hati sdh suka, hal2 yg lain tu cubalah diurus dgn sebaik2nya spy x menjadi gangguan kpd relationship pd masa hadapan. 
utk teman sy tu : relax ja ko, fikir baik2, jgn terburu2 buat keputusan, timbang baik buruk. tp klu sd suka, teruskan saja. yg plg penting, tepuk dada tanya selera. hehe.^^V

Thursday, November 11, 2010

Terima Kasih Cinta


Dedicated to the one I love
-----------------------------
My dear,
there are thank you of all kinds..
but, I just have to say..
in my own little way..
thanks for being the closest person in my heart.

Thank you for all the kind things you do..
the laughter and love, along the way..
the joy you send each day,
fills my heart in such a warm way.

The love that shines deep within you,
will forever warm hearts near and far..
thank you my dear,
for being the person you are..
you are so very dear to my heart.

My dear,
there are thank you of all kinds..
but, none could mean more than this one,
that comes from my heart to yours.
With love, thank you..
for all you do, and for being a partner, a friend and lover in one.
I love you so much !

                      

Wednesday, November 10, 2010

KeTidakWarasan Padaku

hari ni langsung xda mood utk study. ini semua kesan drpd trip kelmarin. ini yg payah ni klu bjalan. mesti ambil masa 1 hari utk recharge segala tenaga yg sd terbuang. hati kata study, mata pun patuh lantas menatap buku, tp minda x ready utk absorb segala ilmu yg dibaca. 
so, masa yg ada dihabiskan dgn benda2 yg krg berfaedah ; online, tidur, makan, movie ; berfaedah sebenarnya semua xtvt ni cuma klu dlakukan pada masa study week mmg agak kurang berfaedah. rasa bersalah pada diri sendiri. jadual sd dibuat, sasaran sd ditetapkan. tp akhirnya dua hari burn begitu shj. terpaksa bersusah payah utk kejar blk jadual. 
xpala, salah sendiri, so tanggung sendiri. masa masih ada. pasti akan digunakan sebaiknya. peringatan pada diri : masa itu emas 24-carat. berdayung-dayung ke hulu, berkuak lentang ke tepian, bernangis-nangis dahulu, bersenang-lenang kemudian. di mana ada kemahuan, di situ la jalan gravel. usaha itu lift kejayaan. biar putih gigi, jangan putih mata *okey, yg ini xda kaitan.* dan sebelum ketidakwarasan berlarutan, lebih baik diri diundur. i mean mengundur diri. semua organ sdg mendambakan rehat. hendak bersedia utk berperang dgn raja buku bersama askar2 hurufnya esok. kesimpulannya--------------------------> JOM TIDUR!!

Tuesday, November 9, 2010

Trip2Malacca

kelmarin sy telah mengikuti satu rombongan pelajar2 Sabah di UPSI; BAKSIS; ke bandaraya bersejarah Melaka. sebelum bertolak ke Melaka, gambaran yang ada dalam fikiran sy hanyalah tempat2 yg kita pernah belajar dlm subjek Sejarah di sekolah menengah, maksudnya cuma ada beberapa tempat yg ingin sy lawati. tetapi, gambaran itu sama sekali tdk sama dgn situasi sebenar di Melaka. bukan 1,2 tempat shj yg menjadi tinggalan sejarah tapi hampir seluruh negeri Melaka itu penuh dgn sejarah. setiap tempat ada ceritanya yg tersendiri. tdk hairanlah mengapa Melaka diiktiraf sbg Bandaraya Warisan Dunia ( World Heritage City ) oleh UNESCO pd thn 2008.
kami menempuh perjalanan yg agak lama utk tiba di kota Melaka, hampir 4 jam duduk dlm bas. tp sepanjang lawatan di sana kami hny berjalan kaki dr satu tpt ke tpt yg lain. tempat2 yg kita belajar dlm subjek Sejarah dahulu rupanya hny berdekatan antara satu sma lain. kami hny menaiki bas semasa datang dan kembali ke UPSI. yalah, sbb Melaka mmg antara negeri yg terkecil di Malaysia, negeri ketiga terkecil klu sy tdk silap. 
sy sgt teruja dan kagum melihat bekas2 tinggalan para penjajah. A Famosa misalnya, hampir keseluruhan kubu itu dibina dgn batu, malah tangga2 yg ada juga dibina menggunakan batuan. tdk hairanlah mengapa bangunan itu masih utuh sehingga sekarang. menurut slh seorang rakan, batu-bata tersebut diangkat menggunakan tenaga org2 Melayu di Melaka pada ketika itu. anda bayangkan shj betapa seksanya mereka. di dlm kubu A Famosa itu jg ada 1 bilik tahanan bawah tanah yg boleh dilihat dr atas. sgt mengerikan utk dibayangkan. sy pun tdk berani tgk lama2 bilik tu sbb terbayangkan keadaan tahanan2 pada ketika itu. kami kemudiannya menaiki Menara Taming Sari ; 360 degree viewing tower. menara ni akan naik pada ketinggian 80 metres & berputar sehingga 360 darjah selama 7 minit. so, kami dpt melihat keseluruhan bandar Melaka dari menara ini. 
tpt yg paling sy gemari sepanjang lawatan ini ialah Malacca Rivercruise. kami menaiki bot di sepanjang sungai yg menjadi laluan para pedagang dr seluruh dunia suatu ketika dahulu. hmm, tdk terbayang perasaan sy ketika itu. tdk sangka kami sdg melalui sebuah sungai yg merupakan antara sungai yg paling sibuk suatu masa dahulu. semua bangunan di sepanjang sungai itu merupakan bangunan2 yg dibina semasa zaman penjajahan. dan bangunan2 ini dijaga dgn begitu baik sekali. 
jika dilihat drpd segi kemajuan, Melaka jg tdk lari drpd arus kemodenan tetapi kemodenan yg diaplikasikan di negeri ini adalah drpd segi pemeliharaan & pemuliharaan warisan2 sejarah. pelbagai kemudahan disediakan utk memudahkan para pengunjung melihat tinggalan2 sejarah, namun pada masa yg sama tdk mengusik keaslian warisan2 tersebut. hmm, klu mahu diceritakan satu persatu ttg lawatan kami tu, mmg berjela-jela la entry sy ni. apa yg dpt sy simpulkan ialah, Melaka mmg layak diiktiraf sbg Bandaraya Warisan Dunia. so, klu budak2 Sejarah mahu melawat ke Melaka, mmg berbaloi-baloi lah bagi anda.. :-)


tangga ke bahagian atas kubu A Famosa

Taming Sari tower

sdg tgk bilik tahanan bwh tanah
Malacca Rivercruise

Thursday, November 4, 2010

eXam dTg LaGi

sedang buat revision ni sebenarnya tapi rehat2 dulu kejap..so, sambil rehat sambil update blog..:-)..
bulan2 terakhir bg setiap semester adalah bulan2 yg meresahkan, menggelisahkan dan apa2 juga perkataan yang seangkatan dengannya..:-D..sebabnya final exam akan menjelang x lama lagi, dan waktu2 beginilah imej para buku sentiasa terbayang d minda..haha..dan sy pun x terkecuali..resah sepanjang masa, tidur pun x tenang bila ingat buku2 yang belum dibelek..=.="
hmm, sy cuma ada 3 paper saja utk final exam kali ni..macroeconomics, monetary economics dgn pembelajaran & perkembangan pelajar (3P)..ada 4 subjek sebenarnya yg sy ambil, tp subjek yang lagi 1 tu xda final exam..so, kurang sikit la beban..paper macroeconomics tu sy x brp risau juga sbb topik2 yg kami belajar tu semuanya cuma ulangan kpd subjek makroeknomi yang kmi ambil dalam STPM, cuma ada tambahan sikit2 la..tp masih dkira ok sbb basic mmg sdh ada..tapi x boleh ambil ringan juga sbb manatau lecturer bagi soalan yg kaw2 pny..hehe..subjek 3P tu pun agak ok jg sbb content dia berkaitan dgn perkembangan individu dan persekitaran, so kira agak ringan la sbb dekat dgn diri kita, tp tetap x ble dipandang ringan juga..hehe..
tapi kan among semua subjek ni, subjek monetary economics yg paling meresahkan sy, subjek ni baru utk kami dan content dia agak mendalam..so, mmg kena bagi perhatian lebih sikit la..lebih2 lagi bila lecturer bagitau soalan final exam mmg susah..even klu dia x bagitau pun, semua org sd sedia maklum sebenarnya..kiranya ni la killer paper sy utk sem ni..huhu..tp xpa, still ada masa lagi utk buat revision..dan ble dkatakan masa yang ada agak banyak sebenarnya..bayangkan ada 3 minggu cuti sblm final exam?..sy pun x faham knp UPSI bagi byk btl cuti, 1 perayaan 1 minggu cuti kali..bln ni ada 2 perayaan, Deepavali dgn Hari Raya Haji, so 2 minggu la cuti, plus dgn cuti study week 1 minggu jadilah 3 minggu semuanya..klu UMS pun bgni kan best..=.='..
hmm, terpanjang pla entry sy ni..okla, blog sd update, rehat pun sd cukup, kembali kpd revision..bye2..:-)

meja study yg sgt selerak