coretan ini tiada kena mengena dengan perasaan penulis saat ini..
hanyalah luahan tentang segala yang dilalui selama ini..
coretan ini adalah mengenai persoalan yang selalu terdetik dalam hati penulis..
" mengapa terlalu sukar untuk memuaskan hati setiap orang?"..
" mengapa semakin kita berusaha memberikan yang terbaik semakin hati kita disakiti?"..
persoalan yang sama seperti yang dilalui oleh hampir setiap orang..
ya,
setiap orang menyedari hakikat ini..
namun,
jika semua orang merasakan hal yang sama..
mengapa masih mengharapkan sesuatu yang sempurna daripada orang lain..
mengapa tidak berpuas hati dengan segala yang termampu diberikan oleh orang lain..
mengapa masih mengharapkan sesuatu yang LEBIH ?..
satu-satunya jawapan yang ada ialah..
kerana manusia sememangnya SUKAR berasa puas akan sesuatu..
sentiasa mengharapkan sesuatu yang LEBIH..
penulis juga tidak terkecuali..
setiap orang yang berdiri di sekeliling penulis mengharapkan sesuatu yang berbeza..
keluarga, sahabat, teman akrab..
semuanya menyelitkan satu harapan terhadap penulis..
malahan,
mereka yang singgah hanya seketika dalam hidup penulis juga turut sama memasang harapan yang berbeza..
adakalanya,
harapan mereka yang datang hanya seketika lebih tinggi berbanding mereka yang sememangnya sentiasa bersama penulis..
penat..
penulis PENAT dengan semua ini..
penulis sudah malah MASIH berusaha untuk memuaskan, menggembirakan juga menyenangkan setiap seorang daripada mereka..
dan ada ketikanya,
mereka penulis jadikan keutamaan..
sementara diri sendiri diletakkan jauh ke belakang..
ketahuilah bahawa..
segala yang mereka terima adalah yang terdaya penulis beri dan lakukan..
dan segala yang tidak mereka peroleh adalah yang tidak termampu penulis lakukan..
hanya MAAF dapat penulis pinta..
andai segala sesuatu yang penulis mampu berikan TIDAK setimpal dengan harapan yang dicanai..
cuma,
penulis ingin mereka tahu..
penulis sudah berusaha melakukan yang termampu..
malah terus berusaha melakukan yang terbaik untuk semua orang..
kepada mereka yang mengerti,
penghargaan tidak terhingga penulis berikan..
kepada yang masih belum mengerti,
pengertian penulis pohon..
dan kepada yang MENOLAK untuk mengerti,
tiada kata lagi yang mampu penulis katakan..
namun,
andai suatu hari,
penulis sudah penat dengan semuanya..
usah terkilan kiranya penulis tidak lagi berusaha memenuhi segala harapan, hasrat, keinginan atau apa sekalipun..
usah gundah andai penulis hanya melakukan sesuatu berlandaskan cara penulis sendiri..
kerana hati ini juga LAYAK untuk menerima KEBEBASAN dan KEGEMBIRAAN..
p/s : atas kesedaran inilah penulis tidak pernah mengharapkan sesuatu yang lebih daripada sesiapa. penulis sentiasa menghargai setiap sesuatu yang diberikan oleh setiap seorang yang hadir dalam hidup penulis. jika sememangnya penulis mengharapkan sesuatu yang LEBIH daripada mereka semua, ianya tidak lebih daripada sebuah PENGERTIAN..