Sunday, December 5, 2010

Hello December!

mungkin sdh agak terlambat utk meraikan kedatangan bulan December. buzy bha masa awal2 December, so hari ni baru ada peluang utk buat post ni.
tiada apa2 tujuan sebenarnya post kali ini ditulis. cuma rasa macam mau mencoret sesuatu. 
masa duduk2 tadi teringat yg sekarang sdh masuk 5 December. sgt cepat masa berlalu. belum pun sempat menghayati momen2 yg indah sepanjang November, December sdh pun menjelang.
sebenarnya, sy sentiasa teruja setiap kali December tiba. sy sentiasa suka December. 
kenapa? 
mungkin sbb banyak hal2 yg sy suka berlaku dlm bulan ini. 
December.. nama bulan itu sendiri sy rasakan cukup indah. 
dan December merupakan bulan kelahiran sy. jadi sdh semestinya December menjadi bulan kegemaran sy.
lagi pula Christmas jatuh pada bulan ini, menjadikan bulan ini lebih istimewa buat sy. 
dan tentunya December menjadi bulan yg istimewa bagi ramai org kerana biasanya December merupakan bulan utk bercuti. 
apabila December tiba jg kita sdh mula memikirkan tahun hadapan.
perkara2 yg ingin dilakukan pada tahun hadapan biasanya difikirkan dgn lebih serius semasa bulan December. 
perancangan2 diatur dgn lebih rapi.
dan semoga saja December kali ini membawa makna yg tersendiri buat setiap seorang drpd kita. :-)

Saturday, December 4, 2010

Tamat Kisah Kita.

paper terakhir berakhir jam 10 pagi td. lega rasanya. exam berakhir, cuti bermula. 
tamatlah juga kisah kau dan aku, sy dan UPSI. 
semester ini pasti akan menjadi antara momen yg terindah. semuanya serba baru belaka. universiti baru, bilik kuliah baru, kawan2 baru.. pendek kata, semuanya baru. 
hendak diceritakan semua pengalaman di sini, pasti berjela-jela. 
apa yg boleh dikatakan, berada di tempat yg baru mengajar banyak hal2 yg baru. 
dan nampaknya perubahan2 yg berlaku juga lebih kpd perubahan yg baik2 belaka. 
selepas ini kembali kpd asal. universiti asal, bilik kuliah asal, kawan2 asal. 
tidak sabar rasanya. 
tapi sebelum semuanya kembali kpd asal.. kita cuti2 dulu. :-D.
family, RR, n sahabat2 sekalian, tdk sabar hdk berjumpa anda semua. 
^_________^

Thursday, December 2, 2010

macam-macam ada.

minggu ni merupakan minggu terakhir bagi pelajar2 UPSI utk semester ni.
biasa la, minggu2 terakhir macam ni suasana hostel semakin lengang. mereka yg habis paper awal sdh mula berkemas utk balik ke rumah masing2.
tapi yg x bestnya bila ada la pula hal2 yg kurang menggembirakan berlaku di hari2 terakhir ni.
beberapa hari yg lalu beberapa org penghuni dtg ke rumah dan suruh kami semua keluar dari bilik masing2. agak lewat sdh juga time tu, lebih kurang dlm jam 9 malam. rupanya diorang mau buat spotcheck. ada org kehilangan laptop katanya. dan bukan seorang tp dua orang sekaligus. kami pun biarkan saja la diorang geledah rumah sbb mmg kami tidak tahu-menahu pasal tu.
dan hari ini kami didatangi lagi oleh seorang penghuni. bukan buat spotcheck tapi dia suruh kami sentiasa kunci pintu sbb ada lagi penghuni yg kehilangan lappynya. 
hmm.. pelik juga dgn org2 yg suka mengambil2 ni. entah dorongan apa yg buat diorang ada keberanian sebegitu.
biasa juga dengar berita2 kehilangan laptop ni. tapi selalu jadi dkt hostel lelaki. bila hostel perempuan pun ada kes2 begini, sy hny mampu tarik nafas panjang.. x sepatutnya ada kes2 macam ni, lagi2 oleh perempuan..
tapi, tu la, rambut sama hitam, hati lain-lain. 
macam2~